Sep 29, 2013

Kau Hado?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...sebenarnya lame dah nak tulis pasal ni tapi kekangan masa yang buatkan aku tak sempat nak update T.T

Cerita ni merupakan pengalaman aku sendiri. Al kisahnya bermula begini....masa aku tengah beratur nak bayar makanan haritu, tetibe aku terdengar suara bercakap tapi isi perbualan tu aku tak berapa faham. jadi, aku terus fokus dan dengar betul betul ape yang dorang bualkan... rupa-rupanya, ade sorang mamat ni dia sengau. Ops, ini bukan nak aibkan dia ke ape. cume apa yang aku alami ni betul betul menyentuh perasaan. lalu, mamat sengau ni borak lah dengan kawan dia. aku yang curi-curi dengar ni terpinga-pinga tak faham apa yang dia cakap tapi kawan dia selamba je berborak dengan mamat tu. siap boleh gelak-gelak lagi

Rase sebak kejap..  lap air mata

bertuahnye mamat tu ade kawan yang faham dia. sekurang-kurangnya ada jugak insan yang boleh gelak ketawa dan berborak bersama sama. 

Jun 29, 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Nampaknya, dah lame aku tak update blog ni. Serius dah bersawang sangat. Haritu ade je idea nak tulis kat blog tapi asyik tak teringat je. Hehehehehe :3 sebenarnya, aku baru je balik dari satu kursus dekat Kuala Terengganu. Nama kursus tu Kursus Asas Pertahanan Awam dan kitorang semua dipaksa join walaupun hati berat nak pergi. Semua pelajar part 2-3 wajib pergi minggu ni, part 1 pulak pergi minggu depan. Komander-komander SISPA puna de jugak yang ikut.
Hari pertama aku dekat situ, rase berdebar dan macam nak cabut balik rumah je. Yelah, baru nak sesuaikan diri lah katakan. Bile sampai je dekat PULAPA, aku dan kawan-kawan aku terus pergi dengar taklimat walaupun hakikatnya kitorang tak solat Asar lagi.nasib baik dia cube habiskan taklimat  tu awal sikit sebab nak bagi kitorang semua solat Asar. Oh ye, kat kursus tu ade jugak pelajar-pelajar dari UiTM Chendering. Dorang datang lagi awal daripada kitorang. So, semua urusan pasal tempat tinggal dorang dah settle. Bilik macam dorm, ade air-cond, toilet tak berape nak cukup tapi ok la. Pelajar-pelajar UiTM Dungun ni la baru trhegeh-hegeh nak daftar asrama lepas taklimat. Lepas solat Maghrib, ade kelas pulak malam tu pasal pengenalan JPAM. Aku yang tak bawak langsung sebatang pen untuk catat nota, dengar dengan penuh khusyuk taklimat tu. Cewah! (sebenarnya tak sangka pun kursus tu ade yang kene guna pen.) Kemudian, kitorang dibahagikan kepada 2 kumpulan, Alpha dan Bravo. Aku masuk Bravo dan ketua platun aku Naim, dari UiTM Chendering. Yeah! Tahniah Naim. Ketua platun Alpha tak ingat name dia sape tapi dari UiTM Chendering jugak. Congrats,Chenderingians for chosen to be a leader.
Ok, keesokkannya pulak pagi-pagi buta lagi dah kene jogging ramai-ramai dengan jurulatih keluar PULAPA. Ala-ala makan angin gitu. Penat tu takyah nak cakap la. Rasa macam nak tercabut kaki je. Selesai je jalan-jalan kat luar, kitorang sarapan kat kantin berjemaah. Nampak tak ukhwah SISPA ni ? hahahaha. Gurau je. Habis je sarapan, sambung pulak denga kawad kaki. Ha…sesi kawad yang pertama memang best dengan Encik Mazlan. Dia sporting, tak tegas sangat dan banyak bagi rehat kat kumpulan aku. Sesi yang kedua, Encik Zull pulak yang ambik alih. Dia ni tegas sikit orangnya. Habis semput aku dibuatnya sebab sambil berkawad kena keluarkan suara. Oksigen..oksigen.. yeah, aku mengaku, hari kedua ni memang letih sangat. Jadual pulak memang padat sampai ke malam. Nak rehat tu, memang tak sempat. Petang buat aktiviti menyelamat sebagai seorang ahli pertolongan cemas, malam pulak ade demonstrasi kebakaran. Petang tu habis semua orang mandi air tanah. Ala-ala PLKN je. Siap masuk dalam longkang bagai. Takpe, aku dah biasa dah kat MRSM dulu. Demonstrasi kebakaran tu, mula-nula dia bagi briefing macam mana nak padamkan api, jenis-jenis pemadam api. Lepas tu, baru buat yang real punya. Aku sempat cube padamkan api gune fire extinguisher. Dah ringan, baru aku nak cube. Nampak sangat kemalasan nak angkatnya. Hahahaha :D
Hari terakhir kat PULAPA. Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuk diri aku. Sape yang taknak balik,kan? Rase rindu kat kampus dah membuak-buak. Padahal selama ni,mane pernah rindu kat kampus. Serius! Kat kampus asyik menghitung hari nak balik rumah je.

Apr 8, 2013

SALAHKAH AKU?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salahkah aku menjadi seorang pendiam? bukan aku pinta untuk menjadi begini tapi sejak azali lagi memang aku mempunyai sifat ini. Kadang-kala aku mahu juga menjadi orang yang banyak cakap dan pernah juga mencuba untuk menjadi sedemikian. Tapi masalahnya, aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Salahkah aku?

Ya, aku tahu dunia pekerjaan memerlukan orang yang banyak berkata kata. Itu aku tak nafikan. Yang anehnya, ketika bersama dengan rakan-rakan yang aku rapat @ kenalan tertentu aku menjadi seorang yang banyak cakap sedangkan apabila berada di rumah aku terus menjadi pendiam. Salahkah aku?

Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk mengubah dirinya menjadi lebih positif dan lebih banyak berkata-kata perkara yang baik. Ya Rabb, bantulah Ya Rahman...sesungguhnya aku sangat memerlukan bantuan dariMu.

-anynomous-