Apr 8, 2013

SALAHKAH AKU?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salahkah aku menjadi seorang pendiam? bukan aku pinta untuk menjadi begini tapi sejak azali lagi memang aku mempunyai sifat ini. Kadang-kala aku mahu juga menjadi orang yang banyak cakap dan pernah juga mencuba untuk menjadi sedemikian. Tapi masalahnya, aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Salahkah aku?

Ya, aku tahu dunia pekerjaan memerlukan orang yang banyak berkata kata. Itu aku tak nafikan. Yang anehnya, ketika bersama dengan rakan-rakan yang aku rapat @ kenalan tertentu aku menjadi seorang yang banyak cakap sedangkan apabila berada di rumah aku terus menjadi pendiam. Salahkah aku?

Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk mengubah dirinya menjadi lebih positif dan lebih banyak berkata-kata perkara yang baik. Ya Rabb, bantulah Ya Rahman...sesungguhnya aku sangat memerlukan bantuan dariMu.

-anynomous-

No comments:

Post a Comment